CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Selangor] Abang mengaku tumbuk muka, lengan adik perempuan

[Copy link]
Post time 18-10-2022 03:29 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Farhan Mat Sahid dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang diiringi anggota polis bagi menghadapi pertuduhan menumbuk muka dan lengan adik perempuannya. -UTUSAN/AMIR KHALID


KAJANG: Seorang juruteknik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencederakan adik perempuannya dengan menumbuk muka dan lengan mangsa, Khamis lalu.

Tertuduh Muhamad Farhan Mat Sahid, 31, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman terhadapnya sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan tarikh 16 November ini ditetapkan bagi pembentangan fakta kes dan menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Farhan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap adik perempuannya Nadiah Husna, 24, dengan cara menumbuk muka dan kedua-dua lengannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Rakan di sini pukul 11 malam pada 13 Oktober lalu.

Juruteknik itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai setahun atau penjara maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 14 Oktober lalu, media melaporkan seorang lelaki tergamak memukul adik perempuannya sehingga cedera akibat berang bau asap masakan yang masuk ke dalam biliknya di kediaman mereka, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu wanita tempatan berusia 24 tahun pada hari yang sama kejadian berlaku.

Katanya, suspek berusia 31 tahun itu bertindak demikian kerana biliknya berasa bahang atas tindakan adiknya yang sedang memasak ketika itu.

Menurut polis, pergaduhan terjadi ketika mangsa sedang memasak di dapur sehingga bau dan asap masakan masuk ke bilik suspek menyebabkan biliknya berasa bahang.

“Ekoran itu, suspek telah keluar dari bilik dan menunjukkan protes dengan cara menutup pintu secara kuat sambil memaki hamun mangsa selain bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar di bahagian muka pengadu” kata polis.

Susulan itu, mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan serta patah gigi hadapan akibat ditumbuk. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... gan-adik-perempuan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054737 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list