CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Selangor] Lelaki ditahan, bakar kereta abang

[Copy link]
Post time 16-10-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kereta mangsa yang dibakar adiknya. FOTO ihsan polis

Ampang Jaya: Dendam lama berkaitan isu harta keluarga menyebabkan seorang lelaki membakar kenderaan abang kandungnya di Taman Sri Watan, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 6.19 petang.

"Siasatan mendapati terdapat kesan kebakaran pada Toyota Vios di bahagian kiri dan kanan badan kenderaan manakala enjin turut mengalami kesan kebakaran.


"Polis turut menemui tong berwarna biru disyaki mengandungi bahan bakar dipercayai digunakan suspek sewaktu kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kenderaan itu dimiliki oleh mangsa yang berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori.

"Siasatan lanjut membawa kepada tangkapan lelaki berusia 32 tahun yang juga adik kandung mangsa.

"Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham dengan mangsa dan dendam berkenaan isu harta keluarga," katanya.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah.

"Ujian saringan air kencing negatif dadah. Suspek kini direman selama tiga hari sehingga Selasa ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bakar-kereta-abang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.982036 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list