CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Selangor] Penyelia tapak pembinaan didakwa culik, bunuh teman wanita

[Copy link]
Post time 11-10-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Lai Jai Loon dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan menculik dan membunuh teman wanitanya yang mayatnya ditemukan di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat. - Foto NSTP/Azhar Ramli

KAJANG: Seorang penyelia tapak pembinaan didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik dan membunuh teman wanitanya yang mayatnya ditemukan di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat.

Lai Jai Loon, 27, mengangguk faham sebaik kedua-kedua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli dan Syahrul Sazly Md Sain.

Pengakuan tidak direkodkan kerana kedua-dua pertuduhan itu memperuntukkan hukuman gantung yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Jai Loon didakwa mencapai niat bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM40,000 dan menahan wanita, Ho Mei Ling, 27, dengan cara melarikan secara salah.


Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.50 petang pada 25 September lalu di hadapan rumah bernombor 34, Jalan Kenari 1, Taman Kenari, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Jai Loon juga didakwa membunuh wanita itu di tepi jalan Bukit Tekali, Batu 14 Hulu Langat, antara 25 September lalu pada 3.50 petang hingga 27 September, 3 petang, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar dan Nurul Husna Amran.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 17 November ini untuk sebutan semula kes.

Pada 30 September lalu, media melaporkan mayat wanita itu yang ditemukan dalam gaung di Bukit Tekali merupakan mangsa kes culik.

Pihak polis menerima laporan daripada sepupu mangsa sehari selepas wanita itu dilarikan di kawasan rumahnya di Broga selain mendakwa turut menerima WhatsApp meminta sejumlah wang tebusan.

Siasatan mendapati mangsa dan lelaki itu dipercayai pasangan kekasih yang berkenalan melalui laman sosial sejak awal tahun ini dan motif pembunuhan disyaki ada kaitan dengan hutang.

https://www.bharian.com.my/berit ... -teman-wanita%C2%A0
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.178105 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list