CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

[Johor] 194 mangsa ditempatkan di empat PPS di Johor

[Copy link]
Post time 26-9-2022 12:11 PM | Show all posts |Read mode

Kesemua mangsa banjir ditempatkan empat PPS di Batu Pahat dan Pontian.


JOHOR BAHRU - Seramai 194 mangsa banjir daripada 59 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini setakat 8 pagi ini (Isnin).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataannya memaklumkan, dua daerah yang terbabit adalah Batu Pahat dan Pontian.

"Dua PPS di Batu Pahat adalah Sekolah Agama Seri Bengkal dan Sekolah Kebangsaan Bintang Peserai, manakala dua lagi PPS di daerah Pontian adalah Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan dan Sekolah Agama Kayu Ara Pasong," menurut kenyataan itu.

JPBD memaklumkan sembilan kawasan di daerah terlibat dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat bermula pada 6.30 pagi semalam.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai di Batu Pahat dan Kampung Sungai Mulih, Pekan Nenas; Kampung Parit Sapran; Kampung Parit Haji Omar; Jln Mohsin, Kayu Ara Pasong; Kampung Parit Haji Siraj; Parit Lapis, Kayu Ara Pasong serta Kampung Parit Abdul Rahman di Pontian. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/a ... -empat-pps-di-johor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.170013 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list