CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mangsa bunuh kenali pelaku

[Copy link]
Post time 25-9-2022 12:24 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN: Seorang warga emas bergelar datin yang terbunuh dalam kejadian pergelutan dan pecah masuk di Taman Paroi Jaya di sini malam semalam dipercayai mengenali pelaku yang terlibat.

Seorang anak mangsa dikenali sebagai Asri, 49, memberitahu, ibunya yang berusia 75 tahun itu tinggal berdua bersama bapanya berusia 82 tahun yang turut mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, ibunya tidak akan membuka pagar rumah sekiranya didatangi oleh individu yang tidak dikenali.

Tambahnya, petang semalam, bapanya dengan bantuan jiran ada menghubungi dan memberitahu tidak mengetahui di mana ibunya itu berada.

“Saya kemudian segera ke rumah itu dan kemudian mendapati emak terbaring di sofa dalam keadaan tidak sedarkan diri, ” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Ttambahnya, ibunya disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang tiba kemudiannya.

Asri menjelaskan, setelah ditanyakan kepada bapanya, dia dimaklumkan seorang sepupu lelakinya ada datang ke rumah sebelum itu untuk meminjam wang.

“Sebelum sepupu saya itu ada datang dua kali untuk meminjam wang dan ibu ada memberikannya.

“Saya cuba menghubungi sepupu saya itu untuk mengetahui hal yang terjadi namun tidak dijawab dan dia juga tiada di rumahnya di Rembau,” katanya yang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Mangsa kejadian tersebut dikenali sebagai Datin Noraida Nordin, 75 dan merupakan isteri kepada bekas ahli perniagaan bergelar Datuk.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 8.25 malam melibatkan kematian seorang mangsa wanita berusia 70-an.

Hasil siasatan tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan di anggota badan mangsa dan beberapa barang peribadi mangsa juga telah tiada.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke HTJ bagi tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sehubungan kejadian itu, polis memohon seorang saksi iaitu Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, yang beralamat di Lot 24 Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk membantu siasatan.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222 bagi menyalurkan maklumat.

Sementara itu, selepas proses bedah siasat, jenazah Noraida akan dibawa ke Masjid Kariah Paroi Jaya untuk disembahyangkan dan kemudiannya di kebumikan di Kampung Air Hitam, Chembong, Rembau.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... unuh-kenali-pelaku/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 2.030369 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list