CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 529|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Sampai bila kami nak hadap banjir lumpur?

[Copy link]
Post time 24-9-2022 04:01 PM | Show all posts |Read mode

MANGSA banjir sedang membersihkan kesan banjir lumpur yang dialami penduduk di Kampung Jimah Lama, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Beberapa rumah ditenggelami air sedalam lebih satu meter pada kejadian banjir kilat yang turut membawa lumpur di Kampung Jimah Lama di sini, awal pagi tadi.

Tinjauan mendapati, beberapa rumah terjejas walaupun air semakin surut namun lumpur tebal menyukarkan proses pembersihan.

Mangsa, Zaki Tamit, 52, berkata, hujan lebat bermula daripada jam 1 pagi sebelum kediamannya dinaiki banjir lebih satu meter.

"Paras air mula naik pada jam 3 pagi menyebabkan kami keluar untuk menyelamatkan diri.

"Barangan seperti perabot selain peralatan elektrik gagal diselamatkan. Persoalannya, sampai bila kami nak hadap banjir lumpur setiap kali hujan lebat," katanya ditemui.

Katanya, ini kali kedua banjir kilat dialami penduduk kampung selepas seminggu kejadian sama menimpa 18 September lalu.

"Kami harap pihak berkaitan dapat mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini kerana sudah terlalu lama kami menanggung derita akibat banjir.

"Saya difahamkan, banjir semakin kerap melanda selepas projek perumahan di berhampiran kampung dan Sungai Jimah tidak diselenggara," ujarnya.

Penduduk, Rusni Shamsudin, 52, berkata, dia tidak tahan lagi dengan bencana berpanjangan ini sejak lebih 10 tahun lalu setiap kali hujan lebat melanda.

"Kerajaan perlu memikirkan kaedah agar banjir tidak berulang.

"Sampai bila kami perlu hidup dalam kebimbangan malah hendak membeli peralatan elektrik pun sudah tidak mampu. Bayangkan, setahun empat atau lima kali banjir melanda sehingga separas dada," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jimah Lama Othman Shamsudin berkata, walaupun rumahnya turut terlibat dengan banjir kilat, dia cuba membantu jiran-jiran yang mengalami nasib serupa.

"Ada keluarga yang terpaksa keluar rumah dalam keadaan hujan lebat bersama anak-anak kecil serta bayi.

"Saya akan laporkan semula perkara ini kepada pihak berkaitan serta Adun Lukut bagi mencari jalan penyelesaian terhadap bencana ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hadap-banjir-lumpur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.203515 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list