CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Johor] Bapa mungkin 'disembunyikan' di alam lain

[Copy link]
Post time 24-9-2022 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Segamat: Kehilangan seorang warga emas sejak lima hari lalu kekal misteri berikutan lelaki itu masih gagal dikesan walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, Ithnin Warsan, 79, dilaporkan gagal pulang ke rumah sejak Isnin lalu.

Beliau berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menjejak lelaki berkenaan termasuk pencarian di lokasi kerap dikunjunginya, kediaman kenalan dan kawasan sekitar kampung ini.


"Namun, sehingga kini jejaknya masih gagal dikesan. Kami akan meneruskan pencarian dan unit rondaan bermotosikal (URB) turut membantu mengesannya," katanya dihubungi hari ini.

Sementara itu, anak lelakinya, Noor Azali Ithnin, 44, berkata, kali terakhir ahli keluarga melihat bapa mereka ialah pada jam 7 petang, Isnin lalu ketika warga emas berkenaan bersiar-siar di halaman rumah.

"Biasanya, bapa akan masuk ke rumah sebelum azan Maghrib. Namun, pada hari kejadian, dia tidak masuk ke rumah sehingga jam 7.15 petang.

"Kami memanggil namanya di sekitar kediaman namun tiada jawapan," katanya ditemui di Kampung Tungku Tiga di sini.

Noor Azali berkata, kehilangan bapanya itu boleh dikatakan agak misteri malah mereka tidak menolak kemungkinan kaitannya dengan alam ghaib.

"Sepanjang usaha kami mencarinya, ada ustaz memberitahu bapa 'disembunyikan' di sekitar kawasan kampung.

"Walaupun kehilangannya penuh misteri, kami berdoa supaya bapa ditemui," katanya.

Dia turut membuat laporan berkaitan kehilangan itu di Balai Polis Segamat pada Selasa lalu.


Noor Azali menunjukkan gambar bapanya, Ithnin Warsan yang hilang secara misteri sejak lima hari, lalu. FOTO AHMAD ISMAIL

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-alam-lain-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.774070 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list