CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua kedai ubat hangus

[Copy link]
Post time 21-9-2022 01:15 PM | Show all posts |Read mode

Kebakaran dua unit rumah kedai lama di Jalan Dato Lee Fong Yee, Seremban yang hangus dalam kebakaran awal pagi tadi. - Foto bomba

SEREMBAN: Seramai 50 petugas bomba dari empat balai terpaksa dikerahkan bagi memadam kebakaran dua unit rumah kedai lama di Jalan Dato Lee Fong Yee, di sini, yang hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, kebakaran menyebabkan kedua-dua unit premis dua tingkat berkenaan musnah hampir 100 peratus.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Timbalan Penguasa Bomba, Mohamad Idris, berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang tercedera dalam kejadian itu.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 pagi yang memaklumkan terdapat tiga lot rumah kedai lama terbakar.


"Sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Seremban ke lokasi dan turut dibantu tiga BBP Seremban 2, BBP Senawang serta BBP Ampangan membabitkan 50 keanggotaan secara keseluruhan selain sembilan jentera," katanya dihubungi.

"Pada mulanya kami mendapat maklumat kebakaran membabitkan tiga unit premis, namun selepas penilaian semula hanya dua kedai ubat yang terbakar.

"Struktur dan lantai kedai berusia lebih 50 tahun daripada kayu mungkin menjadi penyebab api merebak dengan cepat dan memusnahkan hampir keseluruhan unit," katanya sambil menambah punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-kedai-ubat-hangus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.308816 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list