CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Johor] Apungkan bot karam, usaha kesan mayat mangsa

[Copy link]
Post time 19-9-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode

APMM guna khidmat profesional apung bot karam di perairan Parit Hailam. FOTO Essa Abu Yamin

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berusaha dan menggunakan khidmat profesional bagi mengapungkan bot karam yang menyaksikan dua orang nelayan hilang di perairan Parit Hailam dekat sini, Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, bagaimanapun usaha berkenaan pada hari ini mengalami kesukaran akibat cuaca buruk dan ombak kuat.

Katanya, sehingga 6 petang hari ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan yang dilaporkan hilang di lokasi 570 batu nautika persegi dengan membabitkan 52 pegawai dan anggota daripada APMM, polis dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


"Pasukan SAR berharap apabila kapal berkenaan berjaya diapungkan akan menemui kedua-dua mayat nelayan yang hilang itu," katanya kepada media, ketika meninjau usaha mengapungkan bot di perairan Parit Hailam, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Haniff berkata, alat pengesan sonar yang digunakan APMM untuk mengesan kedudukan sebenar bot yang karam berkenaan sudah berjaya diperoleh.

"Alat pengesan sonar yang digunakan itu berjaya mengesan kedudukan tepat bot karam berkenaan iaitu pada kedalaman 40 meter di dasar laut.

"Dengan perolehan data kedalaman berkenaan, pasukan SAR akan menggunakan khidmat penyelam profesional bagi mencari baki dua lagi mangsa yang berkemungkinan terperangkap di dalam bot," katanya.

Rabu lalu, sebuah bot nelayan yang dinaiki empat nelayan karam akibat ombak besar yang menyebabkan dua nelayan selamat sementara dua lagi dilaporkan hilang.

Mangsa ialah Te Chia Rong, 38, yang tinggal di Kampung Parit Botak, Mukim 10 dan Chia Hock Neng, 60, dari Jalan Rengit Impian 2, Taman Impian, Rengit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kesan-mayat-mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.033981 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list