CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Enam rumah terjejas, banjir kilat di Kampung Jimah Lama

[Copy link]
Post time 18-9-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 mengadakan rondaan di Kampung Jimah Lama susulan banjir kilat sejak pagi tadi. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI


PORT DICKSON: Sebanyak enam rumah di Kampung Jimah Lama, dekat sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat dan air melimpah dari sungai berdekatan berikutan hujan lebat awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya melakukan pemantauan seawal pukul 7 pagi apabila menerima laporan mengenai air yang melimpah ke rumah di kawasan berkenan.

“Setakat ini, sebanyak enam buah rumah di Kampung Jimah Lama dilaporkan terjejas akibat banjir kilat yang berlaku sejak awal pagi tadi.

“Bagaimanapun, tiada arahan berpindah dilaporkan akibat trend air mula menurun,” katanya hari ini.

Menurutnya, selain Kampung Jimah Lama, turut terjejas dengan banjir kilat pagi tadi ialah Kampung Bemban, dan Kampung Batu 3, Mambau.

“Diharap penduduk yang berada di kawasan ini agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan amaran yang dikeluarkan,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... kampung-jimah-lama/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.036302 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list