CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Layan' roti canai percuma sambil dengar tazkirah

[Copy link]
Post time 17-9-2022 04:37 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan tazkirah agama di Restoran Bro Nizam, di Taman Desa Cempaka, di sini, hari ini. FOTO ihsan pembaca

Nilai: Memulakan hari dengan hidangan roti canai percuma serta disajikan tazkirah agama di dalam restoran.

Itu cara unik dilakukan penduduk di Taman Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai, di sini, yang menyambut ulang tahun hari bersejarah Hari Malaysia dalam majlis ilmu disampaikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pemilik Restoran Bro Nizam, Mohd Nizam Aziz, 42, berkata, idea itu hasil perbincangannya bersama Zulkifli bagi mendekati masyarakat untuk berdakwah dalam suasana lebih santai.


"Sempena sambutan Hari Malaysia kelmarin, kami berpendapat orang ramai akan keluar beramai-ramai untuk bersarapan pagi. Jika dibuat di dalam masjid atau surau, kemungkinan ia kurang mendapat sambutan.

"Jadi kami menganjurkan program 100 Roti Canai Percuma dan diselitkan dengan tazkirah agama disampaikan Ustaz Zulkifli. Dalam masa sama beliau turut melancarkan Tabung Infaq Roti Canai," katanya.

Mohd Nizam berkata, program yang bermula jam 8.45 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pelanggan memenuhi ruang restoran dan dianggarkan hampir 200 individu yang hadir.

"Meskipun hanya 100 roti canai yang diberikan secara percuma, namun kami berbesar hati menambah kuantitinya mengikut jumlah pelanggan yang hadir.

"Tazkirah yang disampaikan Ustaz Zulkifli berkaitan kupasan Surah al-Takathur dan dalam masa sama beliau menyelit mesej mengenai hidup bermasyarakat dan bersyukur kerana dapat hidup di bumi Allah SWT yang aman ini," katanya.

Mengulas mengenai tabung infaq berkenaan, Mohd Nizam berkata, ia diwujudkan supaya orang ramai boleh memberi sedekah ke tabung berkenaan dan hasil daripadanya akan digunakan untuk menjamu roti canai secara percuma.

Zulkifli menerusi laman Facebooknya turut berkongsi pengalamannya yang dianggap paling bersejarah apabila menyampaikan ceramah agama di restoran.

"Sesungguhnya ia adalah usaha yang amat baik bagi berkongsi rezeki yang dipinjamkan Allah SWT kepada kita. Mereka yang tidak berkemampuan, boleh menikmati sarapan roti canai percuma di sini melalui inisiatif ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bil-dengar-tazkirah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.074520 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list