CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 0

[Johor] Pelamin angan kakak ku musnah

[Copy link]
Post time 17-9-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode

KENANGAN arwah Nur Faiezah Aminah Suib (kanan sekali berdiri) bersama, adiknya, Nur Fasihah Aminah (duduk depan tengah) juga ahli keluarganya.

Tangkak: "Persiapan sedang dilakukan kerana kakak merancang naik pelamin dengan lelaki pilihannya bulan depan, namun kini semuanya musnah," kata Nur Fasihah Aminah, 23, adik kepada askar wataniah, Nur Faiezah Aminah Suib, 25 yang maut dalam kemalangan dengan trak tentera di Kilometer 49.2 Jalan Muar ke Segamat di sini, semalam.

Menurut Nur Fasihah, sehari sebelum arwah kelihatan sangat ceria ketika berbicara dengan ibunya, Helen Murni Sulaiman, 50-an berkenaan tarikh pernikahannya yang dijadualkan pada 29 Oktober depan.

"Kami sekeluarga menyedari arwah amat ceria sejak kebelakangan ini kerana bakal menjadi suri rumah malah menyatakan hasrat mahu mengenakan pakaian seragam askar wataniah untuk hari persandingannya nanti," katanya katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Durian Chondong di sini, hari ini.


Kata Nur Fasihah, arwah yang juga anak ke tujuh dari sembilan beradik itu melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang anggota polis trafik pada 30 Oktober lalu.

Dalam pada itu katanya, arwah banyak menghabiskan masa dengan ibu jika cuti hujung minggu kerana dia juga bertugas sebagai guru di sebuah taska swasta.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang itu, Nur Faiezah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di leher, kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan, Mohd Fadhil Minhat, berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat, manakala trak tentera pula dari arah Segamat ke Tangkak.

Setiba di lokasi kejadian, kereta dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera terbabit.

Susulan pelanggaran itu, kenderaan Proton Saga mangsa terperosok di bahagian bawah hadapan trak tentera.

Mohd Fadhil berkata, pemandu Proton Saga disahkan meninggal dunia di tempat dan mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Daerah Tangkak (HDT), di sini, untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, Nur Fasihah berkata dia menerima berita kemalangan yang menimpa kakaknya itu daripada ahli keluarga terdekat kira-kira jam 4 petang semalam.

Katanya, keluarganya reda dengan ketentuan Ilahi apabila Nur Faiezah maut dalam kemalangan itu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam di Felda Sri Jaya di sini kira-kira jam 10.30 malam tadi.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... gan-kakak-ku-musnah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.098875 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list