CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Johor] Bot karam, dua selamat dua lagi hilang

[Copy link]
Post time 15-9-2022 01:13 PM | Show all posts |Read mode

Dua individu yang selamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Parit Hailam, Batu Pahat, semalam. - Foto NSTP/Ihsan Maritim Malaysia

BATU PAHAT: Dua individu hilang manakala dua lagi selamat selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Parit Hailam dekat sini, kira-kira jam 5.00 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus,berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam memaklumkan terdapat bot nelayan tempatan karam pada kedudukan kira-kira 9.6 batu nautika barat daya Parit Hailam, Batu Pahat.

"Maklumat awal kejadian, bot nelayan itu dikendalikan oleh empat kru warga tempatan yang telah keluar ke laut untuk memukat ikan.

"Ketika kejadian, keadaan cuaca agak buruk dan ombak besar telah menyebabkan bot berkenaan terbalik sebelum karam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tekong bersama seorang lagi rakan berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari bot dan diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran, namun dua lagi mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan diri dipercayai sedang tidur ketika bot menarik pukat.

"Selepas menerima maklumat, MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan Op CARILAMAT pada jam 8 malam dan Bot Kilat 47 dari Zon Maritim Batu Pahat telah diatur gerak ke lokasi kejadian.

"Ketika di lokasi, bot nelayan berkenaan tidak kelihatan kerana sudah tenggelam sepenuhnya.

"Mangsa yang selamat telah dipindahkan ke bot dan seterusnya dibawa pulang ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk diserahkan kepada Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat bagi pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa," katanya.

Menurut Mohd Haniff, Op CARILAMAT bagi dua kru bot nelayan yang masih belum ditemui itu diteruskan hari ini dengan tambahan aset dan anggota dari Maritim Malaysia serta dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau penemuan boleh menghubungi talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.
https://www.bharian.com.my/berit ... mat-dua-lagi-hilang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.031549 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list