|

Mangsa banjir di Batu Pahat dibantu anggota bomba ke tempat selamat. - Foto ihsan PDRM
BATU PAHAT: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 204 orang setakat jam 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, jumlah itu membabitkan 57 keluarga di sekitar Sri Gading.
"Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 163 mangsa terdiri daripada 38 keluarga yang dilaporkan terjejas pada jam 8 malam tadi.
"Kesemua mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Sri Gading.
"Mangsa adalah penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading dan Pekan Seri Gading," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, banjir berlaku susulan pertembungan hujan lebat bermula jam 1.30 pagi sehingga 4 pagi semalam dan bertembung dengan fenomena air pasang besar yang memburukkan lagi keadaan banjir di kawasan berkenaan.
"Setakat ini, hanya satu PPS yang beroperasi dan menempatkan mangsa banjir sejak 1.30 pagi semalam. Cuaca dilaporkan cerah setakat jam 9 pagi ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... atu-pahat-meningkat |
|