|

BANGUNAN asrama yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba.
Seremban: Bangunan asrama sebuah sekolah tahfiz di Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral, di sini, hangus dalam kebakaran malam ini.
Dalam kejadian pada 8.20 malam itu, dua daripada tiga tingkat bangunan asrama berkenaan terbakar, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, makluman daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) melaporkan panggilan diterima jam 8.22 malam.
"Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi dan turut dibantu pasukan dari BBP Seremban.
"Pihak kami menjalankan operasi pemadaman sebelum kebakaran dapat dikawal jam 9.04 malam. Operasi memadamkan semua api dan penyejukan masih dijalankan bagi memastikan keadaan selamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan dan pasukan forensik baru tiba di lokasi untuk tindakan lanjut.
"Maklumat awal yang kami terima, kebakaran membabitkan sebuah bangunan sebuah sekolah tahfiz yang terbakar di tingkat dua serta tiga.
"Tiada mangsa dilaporkan terbabit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ama-hangus-terbakar |
|