CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Johor] APM nafi Empangan Sungai Sembrong dibuka

[Copy link]
Post time 15-9-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode

EMPANGAN Sungai Sembrong. FOTO Ihsan JPS

Johor Bahru: Angkatan Pertahanan Awam (APM) menafikan pintu Empangan Sungai Sembrong di Batu Pahat dibuka susulan banjir kilat berlaku di Sri Gading seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar berkata, setakat ini pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara itu.

"WhatsApp berkenaan mendakwa APM memaklumkan pintu empangan dibuka berikutan banjir kilat di Batu Pahat, sedangkan pihak kami tidak dapat apa-apa maklumat itu.

"Justeru, APM menafikan dan ia tidak berlaku. Mesej tular itu adalah palsu," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.



Terdahulu, tular di WhatsApp mendakwa APM sudah membuka pintu Empangan Sungai Sembrong susulan banjir kilat akibat pertembungan hujan lebat sejak pagi tadi dan air pasang.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat memaklumkan seramai 163 penduduk daripada 38 keluarga dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung di Batu Pahat ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.

Menurut kenyataan itu, PPS berkenaan mula beroperasi 1 tengah hari dan jumlah mangsa adalah seramai 163 orang daripada 38 keluarga, setakat 8 malam tadi.

"Banjir kilat di lima lokasi itu berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 4 pagi dan air pasang," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah dilaporkan berkata, dianggarkan seramai 600 penduduk di beberapa kawasan di Sri Gading dipindahkan ke PPS SMK Sri Gading setelah kediaman mereka dinaiki air akibat banjir kilat awal pagi tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gai-sembrong-dibuka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.231824 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list