CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 1

[Johor] Seramai 600 dipindahkan ke PPS akibat banjir di Batu Pahat

[Copy link]
Post time 14-9-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode

Mangsa banjir kilat dipindahkan ke PPS SMK Sri Gading dekat sini hari ini

BATU PAHAT: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading dekat sini dibuka bagi menempatkan 600 orang daripada 190 keluarga mangsa banjir hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian banjir kilat berlaku melibatkan empat kawasan iaitu di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading dan Pekan Seri Gading.

"Kejadian berlaku susulan daripada hujan lebat yang berlaku hari ini pada jam 1.30 pagi sehingga 5.30 pagi dan bertembung dengan fenomena air pasang besar yang bermula pada jam 3.00 pagi.




Keadaan rumah penduduk yang masih ditenggelami air banjir di Kampung Sengkuang Batu Pahat, hari ini. -Foto NSTP/Essa Abu Yamin

"Kejadian ini menyebabkan kawasan tanah rendah telah dinaiki air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, pada awalnya satu PPS telah di buka di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gading, namun telah mula dinaiki air banjir dan kemudiannya dipindahkan ke SMK Seri Gading.


Keadaan rumah penduduk yang masih ditenggelami air banjir di Kampung Sengkuang Batu Pahat, hari ini. -Foto NSTP/Essa Abu Yamin

"Usaha membantu memindah mangsa sedang dijalankan. Sehingga kini jalan-jalan utama yang menghubungi daerah Batu Pahat dengan lain-lain daerah, masih lagi boleh dilalui oleh semua kenderaan," katanya.

Katanya, operasi menyelamat telah disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dengan keanggotaan seramai 25 orang terdiri dari pegawai dan anggota.



Keadaan rumah penduduk yang masih ditenggelami air banjir di Kampung Sengkuang Batu Pahat, hari ini. -Foto NSTP/Essa Abu Yamin
https://www.bharian.com.my/berit ... anjir-di-batu-pahat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semuanye selamat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.778369 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list