CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mahkamah: Lelaki didenda RM6,000 pandu kereta sambil khayal ganja

[Copy link]
Post time 14-9-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode

Munzir Azmeer membuat pengakuan bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret Kartini Kasran hari ini.



REMBAU – Seorang lelaki yang sebelum ini tular memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan khayal Jun lalu sehingga menyebabkan kemalangan didenda RM6,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Rembau, di sini, atas dua pertuduhan berkaitan dadah.

Munzir Azmeer Abd. Rahim, 28, membuat pengakuan berkenaan selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 5 Jun lalu kira-kira pukul 10.25 pagi dalam kereta jenis Perodua Myvi di Kilometer 242.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Munzir Azmeer didapati memiliki tumbuhan kering disyaki dadah jenis kanabis anggaran berat 2.49 gram.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

Bagi pertuduhan kedua pula, pada tarikh yang sama, kira-kira pukul 11.30 pagi bertempat di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, tertuduh telah memberi kepada dirinya sendiri dadah jenis 11-Nor-Delta-9 Tetrahydrocannabinol-9- Carboxylic-Acid.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berhadapan denda tidak lebih RM5,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng memohon Majistret menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan mengambil kira kes berkenaan bukanlah kes biasa.

“Tertuduh telah didapati positif dadah semasa kejadian kemalangan berlaku dan memberi kesan kepada orang-orang yang tidak bersalah,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya pula berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut serta meminta tidak dipenjarakan kerana baharu sahaja bekerja selain menanggung isteri dan seorang anak serta ayah yang sakit dan abangnya juga merupakan orang kurang upaya (OKU).

Majistret kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,200 bagi pertuduhan pertama dan sekiranya gagal bayar 10 bulan penjara.

Manakala, bagi pertuduhan kedua pula, hukuman denda RM2,800 dan sekiranya gagal bayar lapan bulan penjara.

Bagi pertuduhan berkenaan, tertuduh turut dikenakan dua tahun pengawasan AADK.

Pada 6 Jun lalu, media melaporkan seorang pemandu kereta Myvi dipercayai positif dadah hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan dengan video kejadian tersebut turut tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... ambil-khayal-ganja/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.420989 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list