CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jawatankuasa khas tangani isu pencemaran Sungai Rambai

[Copy link]
Post time 13-9-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Kampung Baru Tanah Merah Site A, Ching Hang Hong, 57, melihat keadaan Sungai Rambai di Port Dickson. - NSTP/ MOHD KHIDIR ZAKARIA

PORT DICKSON: Satu jawatankuasa khas ditubuhkan kerajaan negeri untuk menguruskan isu pencemaran Sungai Rambai di Lukut, di sini, yang disenarai pada kedudukan teratas sungai tercemar dalam Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir, berkata selain merangka pembersihan Sungai Rambai, pihaknya juga mengenal pasti tindakan pemusnahan ladang khinzir sedia ada mengikut lunas undang-undang.

Mengulas lanjut, katanya, isu berkaitan pencemaran Sungai Rambai itu kini dalam perhatian pihaknya dan menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan serta tindakan segera diambil.

"Kita sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas berhubung kes ini dan sedang merangka untuk mengambil tindakan pembersihan serta pemusnahan kandang khinzir yang sedia ada mengikut lunas undang-undang.

"Justeru tindakan lanjut akan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri minggu depan dengan mengambil kira pelbagai sudut," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan Sungai Rambai sebagai satu-satunya sungai di Malaysia, menghuni tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada 2019 dan 2020.

Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 juga meletakkan sembilan lagi sungai tercemar berada pada Kelas Empat antaranya lima di Johor, dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Melaka, Selangor/Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Bakri berkata, setakat ini tiada lagi laporan aktiviti penternakan khinzir di kawasan berkenaan terutamanya selepas kes penyakit Demam Babi Afrika (ASF) dikesan di sebuah ladang ternakan tidak berlesen di Kampung Baru Site A di Tanah Merah, di sini, pada April lalu.

"Saya sendiri sudah ke lokasi melihat keadaannya dan mendapati memang tiada aktiviti penternakan ketika itu, namun kita akan memantau kawasan berkenaan daripada masa ke masa supaya kejadian sama tidak berulang," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Tanah Merah Site A, Ching Hang Hong, berkata penduduk menunggu projek pembersihan Sungai Rambai seperti dijanjikan.

Katanya, keadaan sungai semakin baik walaupun seringkali paras air naik jika hujan lebat berlaku serentak dengan air pasang.

"Apa perlu dilakukan, sungai ini perlu dibersihkan segera dan kami difahamkan kerajaan negeri sedang berusaha kerana bajet untuk projek pembersihan Sungai Rambai menelan kos sangat tinggi," katanya.

Hang Hong mengakui, Sungai Rambai kerap melimpah dan sering berlaku banjir kilat di kawasan ini, justeru pihaknya berharap projek pembersihan dan mendalamkan sungai dapat disegerakan.
https://www.bharian.com.my/berit ... maran-sungai-rambai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.038450 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list