CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JPS Negeri Sembilan bina, naik taraf tujuh skim pengairan sawah padi

[Copy link]
Post time 11-9-2022 03:30 PM | Show all posts |Read mode

Aminuddin (empat kanan) dan Saari (kanan) mengoca ikan pada program Pesta Tarik Tali Ngoca sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.


KUALA PILAH – Sebanyak tujuh skim pengairan bagi tujuan penanaman padi yang berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan kini dalam proses pelaksanaan pembinaan dan menaik taraf.

Pengarah JPS negeri, Ir. Saari Abdullah berkata, projek menerusi peruntukan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan itu bertujuan memastikan jaminan makanan negara itu sentiasa terpelihara.

“Skim Terachi antara yang diberi perhatian daripada keseluruhan skim-skim pengairan padi di Negeri Sembilan.

“Terdapat 14 skim pengairan kecil dengan keluasan 2,065 hektar di Negeri Sembilan di mana terdapat 12 skim pengairan yang masih aktif dengan aktiviti penanaman padi.

“Pada masa kini, tujuh skim pengairan yang berada di bawah seliaan JPS negeri sedang dalam pelaksanaan pembinaan bagi menaik taraf infrastruktur pengairan termasuklah Skim Pengairan Terachi Batu 14 di mana terletaknya lokasi Tapak Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Pesta Tarik Tali Ngoca sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Tapak Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi di sini hari ini.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Saari berkata, Pesta Tarik Tali Ngoca itu diadakan bagi mengimbau nostalgia aktiviti tradisional ‘mengoca’ iaitu menangkap ikan menggunakan tangan di sawah padi yang sinonim dengan penduduk di daerah ini.

“Ia juga bagi menggalakkan masyarakat menghargai serta memelihara kualiti air sungai bagi membolehkan mereka menikmati aktiviti seperti ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... ngairan-sawah-padi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.288188 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list