CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Diesel tumpah, lori terbalik

[Copy link]
Post time 11-9-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode

LORI tangki terbalik berhampiran persimpangan lampu isyarat berhadapan Engle Ranch Resort. FOTO ihsan bomba

Port Dickson: Sebuah lori tangki diesel terbalik berhampiran persimpangan lampu isyarat berhadapan Engle Ranch Resort, di sini, pagi tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Shaib Md Dah berkata, lori tangki yang terbalik itu membawa diesel sebanyak 49,140 liter.

"Insiden menyebabkan berlakunya tumpahan minyak di jalan raya namun tidak ada mangsa terbabit dalam kemalangan.


"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.20 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kerja kawalan dan pembersihan kesan tumpahan minyak sedang dilakukan pasukan khas.

"Tugas pembersihan dilakukan anggota Balai Bomba Teluk Kemang dibantu Balai Bomba Seremban 2.

"Pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal diingatkan berhati-hati kerana keadaan laluan yang agak licin kesan tumpahan minyak itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... umpah-lori-terbalik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034762 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list