|

ANTARA dadah yang dirampas. FOTO Ihsan Polis
Johor Bahru: Polis merampas dadah jenis ekstasi dan pil eramin 5 bernilai RM88,500, serta menahan lapan individu termasuk seorang wanita warga asing dalam dua serbuan berasingan di Jalan Tanjung Puteri, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah pada 7 malam, dua lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan berusia 33 hingga 38 tahun ditahan.
Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya menemui sejumlah dadah jenis serbuk ekstasi dianggarkan 1.23 kilogram bernilai RM61,700.
"Turut dirampas wang tunai RM2,700 dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger.
"Hasil daripada risikan dan soal siasat yang dijalankan, polis melakukan serbuan kedua di rumah lain di kawasan berdekatan, pada 8.40 malam hari sama.
"Dalam serbuan kedua, dua lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 27 hingga 41 tahun ditahan," katanya dalam kenyataan di sini.
Raub berkata, hasil pemeriksaan dalam serbuan kedua, pihaknya merampas sejumlah dadah jenis serbuk ekstasi, tujuh biji pil eramin 5, botol cecair ekstasi bernilai RM26,800 dan sebuah kereta Perodua Myvi.
Katanya, jumlah keseluruhan nilai rampasan dalam serbuan ini adalah RM211,200.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methaphethamine.
"Semakan juga mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 16 September depan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-rm88500-dirampas |
|