CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Johor] 100 bas bawa 4,000 penyokong JDT ke Bukit Jalil

[Copy link]
Post time 10-9-2022 01:46 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Kira-kira 100 bas yang dianggarkan membawa 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari seluruh daerah berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT Mohd Fadzli Sapie berkata, penyokong tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan skuad Harimau Selatan menentang Terengganu FC (TFC), malam ini.

Beliau berkata, kelab itu menyediakan 12 bas bagi membawa penyokong dari Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin, di sini yang berlepas, 8 pagi tadi.

"Di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos) sahaja kita menyediakan 12 bas dengan 455 penyokong... di Stadium Sultan Ibrahim (Iskandar Puteri) pun ada juga bagi membawa penyokong Boys Of Straits.


"Begitu juga penyokong di Muar, Segamat dan Tangkak… saya anggarkan lebih kurang 100 bas dari Johor ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini," katanya kepada Bernama di pekarangan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, hari ini.

Mohd Fadzli berkata, aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dan pihaknya telah bermesyuarat dengan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi memastikan langkah keselamatan penyokong.

"Semua penyokong telah diberikan taklimat selepas kita dapat prosedur operasi standard (SOP) daripada MFL.

"Kita mahu elak provokasi dan perkara yang menimbulkan kemarahan, malah SOP untuk masuk stadium pun kita tekankan. Bagi saya penyokong JDT sangat berdisiplin tentang SOP dan keselamatan," katanya.

Sementara itu, rata-rata penyokong tegar JDT yakin trofi Piala FA akan menjadi milik pasukan itu.

Mohamad Amirul Akmal Shahrudin, 29, berkata, skuad Harimau Selatan di bawah kendalian Hector Bidoglio mampu membenam Skuad Penyu sekurang-kurangnya 3-0.

"Kita mengharapkan kemenangan JDT malam ini, sebenarnya berapa banyak gol tidak menjadi perkara utama kerana jaringan yang berjaya dimasukkan ke gawang lawan itu lebih penting," katanya.

Nur Ain Halim, 39, yang membawa dua anaknya bagi menyaksikan perlawanan itu berkata biar apa pun keputusan pada malam ini, penyokong JDT tetap teguh bersama pasukan dan akan terus memberikan sokongan moral.

"Saya dan anak-anak memang peminat tegar bola sepak dan sanggup ke stadium untuk tengok perlawanan. Kita memang mengharapkan kemenangan kepada JDT," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jdt-ke-bukit-jalil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047560 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list