CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Johor] Padah buru babi hutan guna senapang tanpa lesen

[Copy link]
Post time 8-9-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode

BAHRIN Mohd Noh menunjukkan barangan rampasan berupa senjata api, arak dan daging babi. FOTO Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Tindakan warga emas memburu babi hutan untuk dijual kepada warga asing menggunakan senapang tanpa lesen mengundang padah apabila dia ditahan polis dalam satu serbuan di Taman Harmoni, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki warga tempatan berusia 60 an itu ditahan bersama selaras senapang patah dan 11 butir peluru.

Katanya, turut dirampas 83 bungkusan plastik berisi daging babi hutan serta sebuah Proton Saga milik suspek.


"Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek memiliki rekod jenayah berkaitan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

"Suspek dipercayai menjual daging babi hutan berkenaan kepada warga asing termasuk Nepal dan Myanmar di sekitar lokasi ditangkap," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, dalam serbuan sama, pihaknya turut menemui sejumlah 28 karton arak seludup yang bernilai RM19,000 yang juga dijual kepada warga asing berkenaan.

"Nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai untuk minuman beralkohol berkenaan adalah sebanyak RM27,935.50," katanya.

Katanya, suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 60(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali yang dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enapang-tanpa-lesen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.547095 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list