CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 0

[Johor] Tempat simpan diesel bersubsidi diserbu, lima individu ditahan

[Copy link]
Post time 6-9-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode

POLIS menyerbu sebuah tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi itu. FOTO Ihsan PDRM

Johor Bahru: Polis menyerbu sebuah tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi di Jalan Belati, Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas di sini, semalam.

Serbuan 11.30 pagi itu dibuat susulan penahanan dua lelaki tempatan di dua lokasi berasingan, sebelum tiga lelaki warga asing turut ditahan di tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, terdahulu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun di sebuah stesen minyak di Jalan Harimau, Taman Abad di sini, jam 2 pagi semalam.


"Kita merampas sebuah lori bernilai RM36,200 bersama muatan 46,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM105,800 ketika di serbuan pertama ini, sebelum seorang lagi lelaki berusia 29 tahun ditahan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini, jam 2.30 pagi.

"Dalam tangkapan kedua, kita merampas wang tunai bernilai RM17,722 dipercayai digunakan untuk melakukan transaksi pembelian minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah ini," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek itu pernah ditahan atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi itu kemudian diserbu dan polis menahan tiga lelaki warga asing berusia antara 26 hingga 34 tahun.

"Kita juga ada merampas satu resit jual beli transaksi yang terbabit," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ma-individu-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.137893 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list