CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Johor] Bilik tidur terbakar, 2 beradik rentung

[Copy link]
Post time 3-9-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode

Dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran bilik tidur rumah mereka, hari ini. - NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN

JOHOR BAHRU: Dua beradik ditemui rentung apabila bilik tidur rumah kanak-kanak berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, di sini, hari ini.

Mayat Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3 dan adiknya, Nurul Hawa Zafira, 2, dijumpai selepas bomba berjaya memadamkan api kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Mohd Ridzuan Malek Rivan, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.41 tengah hari.

"Seramai 14 anggota dari BBP Larkin turut serta memberi bantuan dalam operasi pemadaman.


"Kebakaran itu membabitkan kemusnahan kira-kira 60 peratus sebuah rumah jenis kekal. Mangsa ditemui rentung dalam ruang bilik tidur," katanya.

Beliau berkata, pemadaman awal dilakukan oleh orang awam dengan menggunakan jirusan air paip, sebelum pihak bomba tiba dan berjaya mengawal operasi.

Difahamkan, jenazah kedua-dua mangsa kini dibawa polis ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berit ... r-2-beradik-rentung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.033087 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list