CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 0

[Johor] 2 lelaki ditahan, polis rampas 110 bungkus air ketum

[Copy link]
Post time 30-8-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode

Dua lelaki ditahan bersama 110 bungkus air ketum. FOTO IHSAN POLIS

Johor Bahru: Polis merampas 110 bungkus air ketum selain menahan dua lelaki pada serbuan di sebuah rumah di Kangkar Tebrau di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 25 dan 28 tahun itu ditahan jam 5.30 petang oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

"Suspek yang ditahan dipercayai datang ke lokasi serbuan untuk minum. Kami masih mengesan pemilik rumah terbabit yang tiada ketika serbuan.

"Kami turut merampas beg mengandungi 13 botol cecair ubat batuk seberat 1.2 liter," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut Raub, seorang daripada suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Kedua-dua suspek direman hingga 2 September ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-bungkus-air-ketum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037816 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list