CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jual kereta curi sehingga ke Thailand

[Copy link]
Post time 24-8-2022 10:39 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA barangan dirampas daripada Geng Molekwei yang memecah masuk rumah dan mencuri kenderaan. FOTO BERNAMA

Seremban: Kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Molekwei bukan saja memecah masuk rumah malah mencuri kenderaan mangsa sebelum menjualnya sehingga ke Thailand.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ruslan Khalid berkata, bagaimanapun, kelicikan kumpulan jenayah itu berakhir selepas lima suspek, termasuk dua wanita, ditahan pada serbuan di negeri ini serta Kedah daripada 16 hingga 18 Ogos lalu.

"Dua daripada suspek mempunyai 12 rekod membabitkan kes jenayah dan kesalahan dadah berbahaya. Kesemua suspek berusia 31 hingga 41 tahun.


"Kami turut merampas antaranya lima kereta, 11 telefon bimbit dan empat komputer," katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setiap suspek mempunyai perasan masing-masing dalam kes itu termasuk membawa lari kenderaan serta menjadi orang tengah dan berperanan mencari pembeli tempatan atau Thailand.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi kenderaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun, denda atau sebat.

"Kesemua suspek direman enam hari bagi membantu siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ehingga-ke-thailand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.035733 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list