View: 887|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
Kilang kotak cemar alam sekitar didenda RM20,000
[Copy link]
|
|
Seremban: Kilang kotak didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin selepas didapati melakukan kesalahan dan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan Azuri Azizah Saedon berkata, kilang terbabit yang beroperasi di PT No. 3292 & 3293, Jalan Permata 2/2 Arab Malaysian Industrial Park, Nilai itu menjalankan aktiviti membuat dan mencetak kotak.
Menurutnya, Hakim Diana Md Razali menjatuhkan hukuman itu selepas pengarah syarikat berkenaan selaku Orang Kena Saman (OKS) yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
"Pertuduhan yang dikenakan adalah mengikut Peraturan 12(a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu gagal mematuhi standard pelepasan bagi parameter COD iaitu 250 mg/l melebihi standard ditetapkan iaitu 80 mg/l.
"Kesalahan dilakukan syarikat terbabit pada 14 Oktober 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, JAS Negeri Sembilan akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada berkompromi kepada penjenayah alam sekitar.
"Rakyat di Negeri Sembilan boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui portal e-aduan.doe.gov.my (https://[email protected]) atau talian bebas tol 1-800-88-27227," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tar-didenda-rm20000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perlu naiikan saman. alam sekitar dicemar tu....bukan kes kecil |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|