CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ibu tunggal besarkan empat anak dalam kedai

[Copy link]
Post time 9-8-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode

SITI Sarah Maulad Sulaiman ketika ditemui di sebuah kedai di Pusat Komersial Seri Mutiara, Gemas, Tampin bersama dua daripada empat orang anaknya. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH


TAMPIN: Seorang ibu tunggal hanya mampu menyewa sebuah premis kedai di Pusat Komersial Seri Mutiara, Gemas di sini untuk didiami bersama empat anaknya yang berusia 11 bulan hingga 14 tahun.

Siti Sarah Maulad Sulaiman, 35, berkata, dia terpaksa menyewa di kedai tersebut kerana lebih murah berbanding perlu menyewa rumah di sekitar Gemas.

Tambahnya, dia memilih untuk tinggal di kedai tersebut selepas lokasinya juga berhampiran dengan sekolah yang membolehkan anak-anaknya berulang-alik dengan berjalan kaki.

“Sejak sebulan lalu, saya mula kesempitan wang kerana tidak lagi bekerja, anak bongsu saya, Shalmaah Abdullah, 11 bulan pula kerap diserang asma dan bimbang untuk tinggalkannya di rumah pengasuh.

“Saya kini hanya bergantung kepada wang bantuan bulanan persekolahan anak-anak seba­nyak RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor kerana sebelum ini kami menetap di Gemas Baru,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pekan Gemas, di sini baru-baru ini.

Jelas Siti Sarah, akibat kesukaran hidup, anak sulungnya, Luqman Hakim Abdullah, 14, dan anak kedua, Kamalludin Abdullah, 13, sering meluahkan hasrat untuk berhenti sekolah dan mahu bekerja bagi membantu dirinya.

“Tetapi saya menghalang­nya dan tetap mahukan mereka mempunyai pendidikan yang baik seterusnya mampu me­ngubah nasib keluarga, kelak,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah mengambil upah mengemas rumah dan menjadi pembantu tukang masak untuk sebuah syarikat sajian makanan.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada keluarga tersebut boleh menyalurkannya terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 05400-41-000086717 atas nama Siti Sarah Maulad Sulaiman. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... t-anak-dalam-kedai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 1.335534 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list