|
Lelaki mencipta kelainan dengan memandu kereta kebal ke pasar raya bersama anak-anaknya bagi membeli barangan keperluan rumah, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Gary Freeland berasal dari Wiltshire, England sering memandu jentera tentera berharga £20,000 (RM106,817) itu sambil ditemani anaknya, Freddie, Phoebe dan Harrison.
 Foto: LADbible/Caters
Freeland berkata, kereta kebal itu adalah alasan terbaik bagi memujuk anak-anaknya untuk turut membantu ketika membeli-belah.
“Anak-anak akan menawarkan diri jika saya memberitahu mahu ke pasar raya kerana mereka tahu, saya akan memandu kereta kebal itu.
“Anak-anak berpendapat ia sesuatu yang hebat kerana tiada seorang pun rakan mereka yang berpeluang menaiki kereta kebal tentera,” ujarnya.
 Foto: LADbible/Caters
Menurut Freeland, dia perlu membelanjakan hampir £800 (RM4,272) bagi mengisi penuh tangki minyak kereta kebal tersebut yang bersaiz 400 liter.
Sumber: Kosmo |
|