CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Perlis] Polis rampas ganja bernilai RM750,000 di Bukit Mertajam

[Copy link]
Post time 21-7-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Mertajam: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 300 kilogram (kg) ganja bernilai RM750,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand dan menahan dua individu dalam serbuan di Taman Impian di sini, pada 16 Julai lalu.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis menerima maklumat berhubung kegiatan itu dan sindiket terbabit dipercayai menyeludup masuk ganja melalui jalan laut di dalam kawasan Thailand seterusnya menggunakan pengangkut melalui jalan darat dengan van di Padang Besar, Perlis.

"Pasukan JSJN Perlis bertindak mengekorinya sehingga menuju ke Pulau Pinang, kemudian JSJN Perlis dengan kerjasama JSJN Bukit Aman dan Pulau Pinang membuat serbuan terhadap sebuah rumah di Taman Impian pada 9 malam.

"Pemeriksaan ke atas rumah itu menemukan 300 kg ganja bernilai RM750,000 yang disembunyikan di dalam kediaman tersebut, polis turut menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan wanita warga Indonesia berusia 37 tahun yang berada di rumah itu ketika serbuan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, hari ini.


DATUK Surina Saad (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan dadah jenis ganja seberat 300 kilogram bernilai RM750,000 yang dirampas dalam serbuan di Taman Impian, Bukit Mertajam. FOTO Bernama

Surina berkata, berdasarkan siasatan awal, rumah itu dijadikan tempat transit ganja yang diseludup dari Thailand sebelum kesemua dadah tersebut dihantar kepada rangkaian sindiket di Lembah Klang untuk pasaran di sana.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan sindiket pengedaran dadah itu yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran iaitu Thailand.

"Polis percaya dua suspek yang ditahan itu merupakan ahli sindiket yang berperanan untuk menjaga ganja di rumah disewa sindiket pengedaran dadah tersebut.

"Semakan kami mendapati pasangan itu tiada surat nikah dan wanita berkenaan juga tiada sebarang dokumen perjalanan diri, kedua-dua mereka yang tiada rekod jenayah dan negatif ujian air kencing direman hingga 23 Julai ini," katanya dan menambah siasatan dijalankan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Surina berkata dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah motosikal bernilai RM2,800 dan kesemua ganja dirampas itu boleh digunakan oleh 600,000 penagih dadah.

"Sejak Januari hingga Jun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis merampas sebanyak 364 kg ganja yang cuba diseludup masuk melalui sempadan negeri Perlis melibatkan 16 tangkapan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... it-mertajam-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.480987 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list