CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Kuncu' sindiket seleweng diesel subsidi ditahan

[Copy link]
Post time 20-7-2022 05:24 PM | Show all posts |Read mode

ANGOTA penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Kuala Pilah memeriksa tangki simpanan minyak diesel yang terdapat di sebuah premis di Bahau selepas yang dijadikan tempat penyelewengan minyak diesel bersubsidi. Foto Ihsan KPDNHEP Kuala Pilah

Kuala Pilah: Tindakan dua 'kuncu' sindiket penyelewengan diesel subsidi cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa tidak berbaloi apabila mereka tidak hanya ditahan, malah cedera teruk akibat terjatuh.

Dua suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu diberkas selepas 'stor sulit' sindiket di Bahau, Negeri Sembilan digempur anggota Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kuala Pilah dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tengah Cheras.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Ahmad Khuzairi Salamat berkata, pihaknya bersama pasukan PGA membuat serbuan di sebuah lot tidak bernombor di Kawasan Perindustrian Mahsan, Bahau, Negeri Sembilan pada jam 6 petang semalam.


Katanya, KPDNHEP Kuala Pilah menyita 20,000 liter diesel, sebuah lori, sebuah kereta, tangki besar dan 10 unit tangki petak.

"Peralatan digunakan untuk kerja pemindahan diesel seperti pam penyedut minyak dan motor elektrik turut disita.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis dan suspek tiada lesen sah atau dokumen daripada Pengawal Bekalan untuk berurusan dengan Barang Kawalan Berjadual," katanya tadi.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM106,400 dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan serta Seksyen 20 (1) Akta yang sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan.

Difahamkan dua lelaki tempatan yang cuba melarikan diri itu terpaksa dihantar ke hospital akibat mengalami kecederaan.

Katanya, pihak Pejabat KPDNHEP Cawangan Kuala Pilah akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan terhadap penyelewengan minyak diesel di daerah ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dengan sindiket itu.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sel-subsidi-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.149301 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list