View: 512|Reply: 0
|
[Johor]
Pemandu konvoi kereta mewah pandu cara bahaya dicari
[Copy link]
|
|

TANGKAP layar konvoi kenderaan mewah. FOTO Ihsan Pembaca
Kota Tinggi: Polis mengesan konvoi tujuh kereta mewah bernombor pendaftaran Singapura yang memandu dan memotong secara merbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, ia berdasarkan rakaman dua video yang tular di laman sosial.
Katanya hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut dilakukan di kilometer 42 Jalan Sg Rengit - Kota Tinggi arah Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar/Sg Rengit.
"Kenderaan yang dikenalpasti jenis kenderaan mewah bernombor pendaftaran SLW3839P, kereta warna putih (EN403M), kereta warna putih (SKH3888M) dan kereta warna merah (SMG80C).
"Turut dikesan kereta warna hitam bernombor pendaftaran SBA479Z, kereta warna kuning (SMZ986P) dan kereta warna putih (SNF19A).
"Pihak polis sedang mengesan kesemua pemandu kereta terbabit. Polis daerah Kota Tinggi memohon kerjasama pemilik kenderaan supaya dapat hadir ke bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik IPD Kota Tinggi bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah kaedah 6 (1) LN166/59 iaitu memotong secara merbahaya.
Dalam video berdurasi dua minit dan 35 saat memaparkan beberapa kenderaan mewah terbabit memotong secara merbahaya di garisan berkembar, yang jelas menunjukkan larangan memotong bagi kenderaan.
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=144 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|