CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Kedah] Kedah masuki status negeri menua

[Copy link]
Post time 19-7-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode

Kedah mencatatkan peratusan penduduk tua kedua tertinggi di belakang Perak. - Foto 123rf

ALOR SETAR - Kedah telah mencapai status negeri menua dengan 7.9 peratus penduduk negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur 65 tahun atau lebih, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurut beliau, berdasarkan penemuan utama Banci Malaysia 2020 kesemua daerah kecuali Langkawi (6.9 peratus) telah mencapai tujuh peratus komposisi penduduk berusia 65 tahun dan lebih dengan daerah tertinggi dicatatkan Kota Setar (8.5 peratus) dan Kuala Muda (8.2 peratus).

"Komposisi penduduk umur muda (0 hingga 14 tahun) di Kedah pada 2020 mencatatkan 25.3 peratus, umur bekerja (15 hingga 64 tahun) 66.8 peratus serta umur tua (65 tahun dan lebih) sebanyak 7.9 peratus.

"Peratusan penduduk umur tua negeri Kedah meningkat berbanding hanya 6.2 peratus pada 2010,” katanya dalam sesi pembentangan penemuan utama Banci Malaysia 2020 dan Keluaran Dalam Negeri Kasar 2021 Negeri Kedah di sini pada Isnin.

Menurutnya, Kedah mencatatkan peratusan penduduk tua kedua tertinggi di belakang Perak (8.9 peratus) dan melepasi peratusan di peringkat nasional iaitu 6.8 peratus.

Katanya, antara faktor yang menyumbang kepada keadaan itu termasuk penghijrahan golongan muda ke negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan dan kadar urbanisasi di negeri ini yang masih rendah.

"Di sesetengah kawasan itu ada ciri-ciri yang menyebabkan tempat itu lebih disenangi untuk menetap atau bersara. Kalau kita lihat Kedah ini sebuah negeri yang perbandarannya masih lagi tidak tinggi, baru lebih kurang 50 peratus lebih, jadi negeri Kedah termasuk beberapa negeri lain menjadi pilihan untuk persaraan,” katanya.

Dalam pada itu Mohd Uzir berkata, peningkatan jumlah penduduk tua membawa kepada beberapa implikasi antaranya termasuk keperluan penambahbaikan sub sektor kesihatan bagi menyokong keperluan dan permintaan di sesuatu kawasan.


"Ia juga akan menyebabkan perubahan struktur piramid penduduk di mana kumpulan umur bekerja secara beransur-ansur akan menguncup dan kutipan cukai daripada kumpulan umur ini akan berkurang,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... status-negeri-menua
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.043225 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list