CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JHEAINS sasar bantu 100 usahawan kecil miliki sijil halal

[Copy link]
Post time 18-7-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode

Kakitangan JHEAINS (kanan) memberi penerangan mengenai logo halal kepada pengunjung pada sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di Seremban 2. - Foto Ihsan JHEAINS.

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyasarkan untuk mencari dan membantu sekurang-kurangnya 100 usahawan kecil dari luar bandar di negeri ini bagi membantu mereka untuk memiliki sijil halal.

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli, berkata kerajaan negeri telah memberikan peruntukan RM500,000 kepada jabatan itu untuk membantu usahawan mendapatkan sijil halal.

"Peruntukan yang diberikan kerajaan negeri itu akan digunakan bagi membantu usahawan ini.

"Sebagai contoh, sekiranya mesin atau peralatan yang digunakan bagi aktiviti pengeluaran makanan yang diusahakan tidak memenuhi piawaian, kami akan membelikan mesin yang baru untuk mereka supaya memenuhi syarat yang tetapkan.


"Hal ini kerana memiliki sijil halal boleh membantu usahawan kecil ini untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka," katanya, di sini.

Beliau turut berkongsi kisah di mana seorang usahawan kecil dapat mengembangkan perniagaannya selepas memiliki sijil halal yang dikeluarkan Bahagian Halal JHEAINS.

Menurutnya, pada peringkat awal, usahawan berkenaan hanyalah menjual air tebu secara kecil-kecilan di rumah.

"Namun selepas dia memiliki sijil halal, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membeli 80,000 botol air tebu daripada usahawan terbabit setiap bulan.

"Ini menunjukkan dengan memiliki sijil halal ia memberikan impak dan nilai tambah kepada setiap peniaga atau usahawan," katanya.

Difahamkan, bayaran pensijilan yang dikenakan bagi premis makanan hanya serendah RM100 setahun manakala bagi produk dan perkhidmatan, antara RM100 hingga RM1,000 tertakluk kepada saiz industri.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi berkata, JHEAINS mengadakan penerangan berkaitan logo halal beserta ramuan kritikal dalam industri sempena sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di pasaraya Mydin Seremban 2, di sini, semalam.

"JHEAINS turut berkesempatan menjelaskan konsep sembelihan haiwan menurut syarak bagi industri sembelihan ayam kepada pengunjung," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -miliki-sijil-halal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.804718 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list