CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Kedah] Tiga lelaki ditahan tak sampai 24 jam curi di kedai dobi

[Copy link]
Post time 18-7-2022 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Tiga suspek yang ditahan polis tidak sampai 24 jam kerana disyaki terbabit mencuri di sebuah premis dobi di Jalan Langgar, Alor Setar. NSTP/IHSAN PDRM

ALOR SETAR: Polis hari ini menahan tiga lelaki yang disyaki mencuri dua unit mesin token dan dua kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai dobi di Jalan Langgar, pagi semalam.

Mereka ditahan kurang 24 jam selepas pemilik dobi membuat laporan kehilangan peralatan di premis berkenaan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 10.43 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata dalam kejadian itu, mangsa kerugian kira-kira RM8,000.

Beliau berkata, sejurus laporan diterima, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menggerakkan pasukan operasi untuk mengesan suspek.



"Hasil daripada risikan, tiga lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an berjaya ditahan di tiga lokasi berasingan sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

"Polis turut merampas sebuah mesin token yang dipercayai dicuri untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kesemua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar, pagi ini, untuk permohonan reman.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan) dan dengan tangkapan awal tiga suspek ini, kes dianggap selesai.
https://www.bharian.com.my/berit ... -curi-di-kedai-dobi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.107875 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list