|
Lelaki yang ditahan polis bersama motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Kota Tanah. FOTO IHSAN PDRM
Alor Setar: Dua motosikal yang dipercayai hilang pada Mei dan 10 Julai lalu ditemui semula susulan penahanan dua lelaki yang dikesan menunggang motosikal terbabit, semalam.
Mereka ditahan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Alor Setar, di sekitar kawasan Kota Tanah, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, terdahulu, sepasukan anggota yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan itu menahan seorang penunggang motosikal yang dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikal ditungganginya.
"Semakan lanjut pihak polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.
"Kira-kira 6.45 petang hari sama, pasukan CPJ yang membuat rondaan sekali lagi terserempak lelaki lain yang juga menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, tindakannya menyebabkan polis mengekori lelaki dan menahannya untuk tujuan pemeriksaan.
Katanya, pemeriksaan mendapati motosikal ditunggang lelaki itu dilaporkan hilang di Jalan Pintu Sepuluh, di sini, Mei lalu.
"Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Curi Motosikal).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gang-motosikal-curi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|