CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 0

[Johor] Berbaloi beli hasil laut di Pasar Pagi Orang Asli Bakar Batu

[Copy link]
Post time 17-7-2022 02:10 PM | Show all posts |Read mode

Suasana Pasar pagi Orang Asli Bakar Batu di tepi Sungai Tebrau. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: Harga murah dan hasil sungai serta laut yang segar menjadikan Pasar Pagi Orang Asli Bakar Batu, di sini, menjadi tumpuan masyarakat setempat dan luar daerah ini.

Deretan kereta pengunjung dibahu jalan mula memenuhi kawasan pasar yang terletak bersebelahan Sungai Tebrau ini, sejak jam 7 pagi.

Tinjauan Harian Metro mendapati harga yang ditawarkan di situ amat berpatutan berbanding pasar biasa, selain hasil laut dan sungai yang amat segar.


Sebagai contoh, harga kerang-kerangan dijual pada harga RM15 bagi dua kilogram atau lebih berbanding RM15 sekilogram di pasar biasa.

Selain itu, ikan juga dijual di dalam piring atau bakul pada harga antara RM5 hingga RM10 sebekas bergantung pada jenis ikan.

Lebih menarik, hasil laut ini terus dijual sebaik sahaja ditangkap menyebabkan ia lebih segar dan sedap.

Seorang peniaga, S. Kristina, 37 yang juga Orang Asli Seletar dari Kuala Masai berkata, hasil jualan di situ lebih murah dan segar kerana mereka sendiri yang turun ke laut, sebelum menjualnya.

Katanya, dia bersama suami dan anak-anak pergi ke laut sekitar Layau di Pengerang pada sebelah petang sehingga awal pagi.

"Balik dari laut memang terus jual di sini, kalau sampai awal jam 3 pagi, kami akan berehat dan tidur sebentar di dalam bot.

"Hasil laut tidak menentu, ada masa dapat banyak, ada masa dapat sikit. Selepas jualan habis kami akan terus pulang dan melakukan rutin sama keesokan harinya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, tapak pasar pagi ini adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kepada mereka untuk menjual hasil laut dan sungai.

Katanya, sebelum ini lebih 50 peniaga Orang Asli menjual hasil laut dan sungai yang di Stulang Laut, sebelum berpindah ke situ pada 2018.

"Di sini terdapat peniaga dari sembilan kampung Orang Asli antaranya Kampung Kuala Masai, Teluk Jawa, Pasir Putih, Telok Kabung, Tiram, Sungai Papan, Telok Sengat, Gelang Patah, Bakar Batu dan Perling.

"Sudah lebih 20 tahun kami berniaga menjual hasil laut. Lokasi sekarang ini kurniaan Sultan Johor kerana risiko faktor keselamatan anak-anak Orang Asli yang biasanya akan mengikut ke pasar.

"Kami memang ke laut membawa anak-anak bersama, berniaga di pasar pun anak-anak akan ikut sama," katanya yang menjual tiram dan kupang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-asli-bakar-batu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.204672 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list