CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Johor] Cadang agih minyak masak bersubsidi terus kepada asnaf

[Copy link]
Post time 17-7-2022 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Cadang agih minyak masak bersubsidi terus kepada asnaf


FOTO HIASAN

Batu Pahat: Kerajaan Johor mencadangkan supaya kerajaan persekutuan menyalurkan bekalan minyak masak bersubsidi secara terus kepada golongan asnaf di setiap negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, perkara itu perlu ketika ini kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban golongan asnaf.

"Saya juga tidak setuju dengan sesetengah pihak yang menyalahgunakan subsidi minyak masak dan memohon pengagihan dibuat secara teratur.

"Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) juga sudah diminta untuk berbincang dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menjadi pengantara menyimpan dan mengedar minyak masak subsidi untuk golongan asnaf," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Johor Bersih Peringkat Mukim - Mukim Daerah Batu Pahat di Kampung Bintang dekat sini, hari ini.

Mohd Fared berkata, asnaf tetap perlu membeli minyak masak dengan harga subsidi dan pembayaran perlu dibuat di MAIJ.

Sementara, bekalan minyak berkenaan akan terus diedarkan dari rumah ke rumah.

"Secara praktikalnya pembahagian minyak masak bersubsidi perlu diberi terus kepada golongan sasaran berbanding kepada pemborong.

"Saya harap pihak kerajaan persekutuan untuk mempertimbangkan cadangan ini," katanya.

Katanya, kerajaan Johor sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab tambahan untuk menangani isu keperluan rakyat ketika ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terus-kepada-asnaf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.558263 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list