|
DIMAT Kamis hanya mampu melihat hasil tanaman padi yang sepatutnya sudah boleh dituai musnah dan ‘menyembah bumi’ ekoran hujan lebat serta angin kencang di Kampung Nesam, Kangar, Perlis. - UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
KANGAR: Minggu ini, Dimat Kamis, 73, dan dua lagi saudaranya sudah berkira-kira menuai hasil padi yang diusahakan di kawasan seluas hampir tiga hektar di Kampung Nesam, di sini.
Namun, ketika mesin padi sudah bersedia menjalankan ‘tugasnya’, hampir 90 peratus tanaman mereka musnah dalam sekelip mata akibat hujan lebat dan angin kencang yang melanda negeri ini, kelmarin.
Selain itu, hasil tanaman kira-kira 10 pesawah lain di kawasan tersebut kebanyakannya musnah dan ‘menyembah bumi’.
“Padi yang diusahakan musim ini sudah siap sedia untuk dituai namun hujan lebat serta angin kencang menyebabkan tanaman kami musnah hampir sepenuhnya.
“Musim ini, tidak dapatlah kami menikmati hasilnya selain terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Menurut Dimat, kemusnahan hasil tanaman akibat ribut itu kali pertama berlaku di kawasan tersebut dan mengakibatkan dia dan dua saudaranya itu mengalami kerugian kira-kira RM15,000.
Katanya, kualiti padi yang dihasilkan musim ini sangat baik namun semuanya musnah akibat angin kencang baru-baru ini.
“Sebelum ini, pernah hujan lebat namun tidak menyebabkan tanaman musnah. Kami reda dengan apa yang berlaku dan mungkin bukan rezeki kali ini,” katanya.
Dalam pada itu, angin kencang dan hujan lebat yang melanda itu turut menyebabkan hasil tanaman padi di sesetengah kawasan lain di negeri ini musnah pada saat mereka sedang menanti masa untuk menuai hasil. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... l-padi-pula-musnah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|