CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Stor haram simpan diesel kena serbu

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode

STOR haram di Kampung Bemban Hilir Seremban diserbu pihak berkuasa KPDNHEP selepas dijadikan tempat kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi. Foto Ihsan KPDNHEP Negeri Sembilan.

Seremban: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan berjaya mematahkan sindiket penyelewengan diesel, susulan serbuan di stor haram di Kampung Bemban Hilir, di sini semalam.

Serbuan pada 5.30 petang itu menemukan 31,215 liter diesel bersubdisi dan menahan empat lelaki berusia antara 29 hingga 42 tahun.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP negeri, Abd Muis Samsudin berkata, ketika premis diserbu, semua suspek dilihat sedang memindahkan diesel daripada lori tangki dan lori 'bonded' ke dalam tangki minyak di stor itu.


"Mereka cuba melarikan diri namun dapat ditahan dan pemeriksaan menemui 11 tangki petak dan seunit 'skid tank' berisi diesel yang dipindahkan daripada lori dengan jumlah 31,215 liter.

"Semakan turut mendapati premis itu tidak mempunyai lesen sah mahupun dokumen kebenaran untuk urusan barang kawalan.

"Kesemua diesel, tangki dan dua lori disita dengan nilai rampasan berjumlah RM269,912.25," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abd Muis berkata, serbuan itu hasil risikan susulan aduan mengenai kegiatan pembelian diesel di stesen minyak sekitar Seremban.

"Mereka disyaki melakukan aktiviti penghantaran dan penyimpanan di stor itu kerana kedudukannya dan sudah beroperasi sejak enam bulan lalu," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 dan Seksyen 20 (1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-diesel-kena-serbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.117630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list