CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tourism Malaysia sasar 600 penjualan Pakej Durian Tourism

[Copy link]
Post time 15-7-2022 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Tourism Malaysia sasar 600 penjualan Pakej Durian Tourism
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 15 Julai 2022




Zainuddin (lima dari kiri) merasmikan Kempen Pakej Durian Tourism 2022 di Hin Bus Depo pada Jumaat.


GEORGETOWN - Tourism Malaysia menyasarkan penjualan kira-kira 500 hingga 600 Pakej Durian Tourism kepada para pengusaha yang menyertai program berkenaan.


Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab berkata, dengan sasaran tersebut, pihaknya menjangkakan pulangan lebih RM100,000.


Menurutnya, selari dengan peralihan negara ke fasa endemik, Kempen Pakej Durian Tourism Promosi Diskaun 10 peratus dianjurkan pada tahun ini bermula dari 1 Julai sehingga 31 Ogos ini.


"Program ini bertujuan merancakkan semula aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik. Dengan program ini, ia dilihat berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.


"Buah durian adalah buah yang bermusim, dan kita sasarkan antara 500 hingga 600 Pakej Durian Tourism dapat dijual sepanjang kempen ini dijalankan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Pakej Durian Tourism 2022 di Hin Bus Depo di sini pada Jumaat.


Beliau berkata lagi, bagi menjayakan kempen ini, Tourism Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan lima pengusaha pelancongan dalam membangunkan pakej-pakej durian yang menggabungkan elemen eko pelancongan, agro pelancongan, arkeo pelancongan dan pengembaraan lasak.


"Lima pengusaha pelancongan yang terlibat adalah Kurma Travel and Tours Sdn Bhd, Adventure360 Tours Sdn Bhd, Time Free Vacation Sdn Bhd, M Maha-Izah Transport and Tours Sdn Bhd dan Asia Gateway Tours.


"Antara pakej yang ditawarkan termasuk Pakej 2 Hari 1 Malam (2H1M) bermula dari RM290 seorang dan Pakej 3 Hari 2 Malam (3H2M) bermula dari RM388 seorang dengan tempahan minimum empat orang bagi setiap pakej," jelasnya.


Beliau berharap agar usaha tersebut dapat diteruskan pada masa hadapan.


"Kita berharap lebih ramai pengendali pelancongan terlibat dengan pakej seperti ini, bukan sahaja di negeri-negeri di Wilayah Utara malah di seluruh Malaysia.


"Kerajaan melalui Tourism Malaysia sentiasa bersedia untuk membantu mempromosikan pakej-pakei seumpama ini yang memberikan manfaat secara langsung kepada para pelancong serta pemain industri pelancongan terlibat," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... akej-Durian-Tourism
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.053612 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list