CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 513|Reply: 2

[Perlis] Penantian bapa, anak hilang sejak enam hari lalu

[Copy link]
Post time 14-7-2022 02:57 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Halim Ismail (empat dari kiri) berdoa mengiringi operasi pencarian anaknya oleh pasukan keselamatan dan penduduk kampung di kawasan bukit berhampiran Sungai Batu Pahat, Jalan Bukit Ayer, Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD


KANGAR: Meskipun kudratnya sudah terbatas, namun Abdul Halim Ismail, 71, terus setia menunggu operasi pasukan keselamatan mencari anaknya yang hilang sejak enam hari lalu ketika menebas di dusun durian di atas bukit sekitar Sungai Batu Pahat di sini.

Dari awal pagi, Abdul Halim kelihatan mundar-mandir di kawasan pusat operasi mencari tersebut dan sesekali dia mengesat air mata kerana terlalu bimbangkan keselamatan anaknya itu.

Sejak kehilangan Zulhelmi Abdul Halim, 28, warga emas tersebut juga tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu risaukan anaknya itu selain berharap agar anak bongsu daripada lima beradik itu ditemukan dalam keadaan selamat dan kembali pulang ke pangkuan keluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abdul Halim berkata, anaknya baru sahaja bekerja di dusun berkenaan sejak dua bulan lalu bagi membina pondok dan melakukan kerja-kerja menebas.

Katanya, sememangnya menjadi kebiasaan Zulhelmi keluar bekerja di dusun tersebut selama seminggu dan hanya pulang untuk berehat di rumah beberapa hari sahaja.

“Dia (Zulhelmi) memang mahir dengan laluan di sana, jadi kalau nak kata dia sesat itu memang agak mustahil juga. Kami pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi,” katanya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, Zulhelmi dipercayai hilang selepas keluar menebas bagi membersihkan sebuah dusun durian yang terletak di atas bukit sekitar Sungai Batu Pahat pada 8 Julai lalu.

Difahamkan dua rakannya turut terkandas selama satu malam selepas melakukan usaha pencarian mangsa semalam dan berjaya ditemukan dengan selamat.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan dengan melibatkan beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Tambah Abdul Halim, kali terakhir dia bertemu Zulhelmi adalah pada pagi hari kejadian dan anaknya juga tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik ketika itu.

“Zulhelmi merupakan seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap dengan ahli keluarga malah dia juga rajin bekerja bagi mencari pendapatan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Halim berkata, mereka sekeluarga sememangnya berharap agar Zulhelmi ditemukan selamat.

“Saya memang terasa kehilangan dan kami juga turut risaukan keadaannya selepas beberapa hari dilaporkan hilang,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... jak-enam-hari-lalu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 03:05 PM | Show all posts
oo haza ingat ni kes baby hilang kt beaufort tu..
apapun semoga ditemui dengan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga diketemukan selamat dan tiada yang buruk berlaku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.305649 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list