CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Pulau Pinang] Motosikal mahal boleh beli, tapi tak ada lesen!

[Copy link]
Post time 14-7-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode

ADENAN Md Isa (dua kanan) melihat seorang penunggang motosikal menerima saman ketika Ops Khas Motosikal Hari Raya Aidiladha (HRAA) di lorong motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. FOTO Danial Saad

Georgetown: Tindakan dua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menunggang kenderaan itu tanpa lesen membawa padah apabila mereka disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ketika Op Khas Motosikal Hari Raya Aidiladha, malam tadi.

Dalam operasi bermula kira-kira 8 malam itu, penunggang masing-masing berusia 20-an dan 30-an ditahan untuk pemeriksaan sebelum mendapati mereka berdua tidak mempunyai lesen memandu.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, beliau kecewa dengan tindakan dua penunggang motosikal berkenaan yang seperti tiada perasaan bersalah apabila menunggang tanpa lesen padahal mampu membeli kenderaan itu yang berharga puluhan ribu ringgit.

"Apabila disoal siasat, penunggang berusia 20-an memaklumkan dia menunggang motosikal berkenaan dari Kuala Ketil, Kedah untuk pergi ke tempat kerjanya di bahagian Pulau, negeri ini.

"Penunggang berusia 30-an menunggang motosikalnya dari Sungai Petani untuk membawa isterinya menikmati juadah makanan.

"Lebih mengecewakan mereka bukan sahaja tidak memiliki lesen kelas B bagi mengendalikan motosikal berkuasa tinggi, bahkan tidak mempunyai lesen kelas B2 dan D yang ini menunjukkan mereka tidak kisah langsung kepada undang-undang ," katanya pada sidang media selepas mengadakan operasi berkenaan di Jambatan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Jelasnya, setiap kali operasi membabitkan motosikal, pihaknya kerap mengesan kesalahan menunggang tanpa lesen yang kebanyakan penunggang bergerak secara berkumpulan bagi mengaburi mata penguat kuasa.

"Kita dapati penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu akan bergerak secara konvoi (berkumpulan) untuk elak diri mereka ditahan.

"Mengapa susah sangat untuk buat lesen memandu hingga sanggup bayar saman sedangkan ia satu tindakan yang merugikan kerana membabitkan keselamatan diri?" katanya.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, sepanjang operasi yang berlangsung selama empat hari itu, JPJ mengeluarkan 1,005 saman atas pelbagai kesalahan antaranya membabitkan tiada lesen memandu, cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh.

Operasi itu turut disertai Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tapi-tak-ada-lesen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.076093 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list