View: 420|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Penganggur didenda RM14,000 curi kabel TM
[Copy link]
|
|
KUALA PILAH: Penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM).
Tertuduh, Mohd Iqbal Izzudin Hasnan, 25 dari Bahau yang berdepan empat pertuduhan mengaku melakukan kesemua kesalahan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut kertas pertuduhan, dia pada tarikh dan masa berasingan iaitu pada 5 April, 7 April, 10 Mei dan 17 Mei lalu mencuri kabel telekom milik TM dengan cara memotong kabel berkenaan menggunakan pemotong besi.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di tepi jalan Kampung Jerjak, Padang Lebar; tepi jalan Ulu Bendul, Terachi; kawasan jalan Kuala Pilah-Temeris Dangi dan tepi jalan Kepis Malan Dangi.
Oleh yang demikian tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut seksyen sama dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, tertuduh mencuri kabel sepanjang 555 meter daripada empat lokasi kejadian menyebabkan TM mengalami kerugian RM20,507.
Pendakwaan mahu mahkamah mengenakan hukuman setimpal berikutan kerosakan dilakukan tertuduh menyebabkan kerugian kepada syarikat telekomunikasi, selain kesulitan dihadapi orang ramai akibat gangguan perkhidmatan disebabkan kabel yang dicuri.
Norma turut mengarahkan hukuman penjara 18 bulan ke atas tertuduh jika gagal membayar denda.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.bharian.com.my/berit ... 14000-curi-kabel-tm |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|