CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 0

[Johor] Sindiket proses minyak enjin jadi diesel tumpas

[Copy link]
Post time 30-6-2022 01:25 PM | Show all posts |Read mode

JALALUDIN (dua kanan) menunjukkan tangki penyimpanan. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Pontian: Polis Johor menumpaskan sindiket terancang memproses minyak enjin menjadi diesel bernilai RM7.3 juta, kes terbesar seumpamanya dikesan di negeri ini.

Kegiatan haram sindiket itu terbongkar hasil serbuan pada petang kelmarin menerusi operasi bersepadu membabitkan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian pada 5.30 petang di sebuah kilang di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas di sini.

Pemangku Ketua Polis Johor Senior Asisten Komisioner Jalaludin Hamid berkata, lima suspek termasuk pemilik kilang yang berusia 48 tahun ditahan dalam serbuan itu.

Menurutnya, turut ditahan empat pekerja kilang itu membabitkan seorang warga tempatan serta tiga pekerja asing membabitkan dua Bangladesh dan seorang Indonesia berusia 26 hingga 49 tahun.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini yang beroperasi sejak lebih enam bulan lalu dengan membeli minyak enjin terpakai daripada bengkel serta kilang sekitar negeri ini.

"Minyak enjin terpakai itu dikatakan dibeli dengan harga 30 sen seliter sebelum dikumpul dan diproses. Apabila selesai diproses ia akan menjadi diesel.

"Diesel yang siap diproses kemudian dijual kepada industri di sekitar negeri ini, Kuala Lumpur dan Lembah Klang pada harga RM1.80 seliter iaitu lebih murah daripada harga pasaran.

"Bagaimanapun, diesel itu tidak dijual kepada pengguna kenderaan kerana kualitinya rendah dan hanya digunakan pemilik industri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Ops Bersepadu Kontraban di Batu 24 1/2 , Jalan Kampung Jeram Batu, Pekan Nenas di sini, hari ini.

Hadir sama Komander PPM Wilayah Dua Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah.

Dalam pada itu, Jalaludin berkata, dalam serbuan itu sebanyak 128,888 liter minyak enjin terpakai turut dirampas dengan nilai rampasan keseluruhan membabitkan RM7.32 juta.

Menurutnya, turut dirampas adalah lebih 757 tong simpanan berisi minyak, asid sulfur dan kosong selain 11 penyedut minyak, tangki lori (lima), tangki besar (empat), tangki lori kosong (12) dan lori tangki serta lori tiga tan (sebuah).

"Kesemua suspek didapati tidak mempunyai rekod lampau dengan pemilik kilang dan pekerja tempatan sudah dilepaskan selepas keterangan mereka dirakamkan polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Tiga lagi pekerja asing pula direman selama 14 hari sejak kelmarin dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 34(B)(1)(A) dan Seksyen 19(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jadi-diesel-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.051031 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list