View: 698|Reply: 0
|
Hodak gembira Daniel Ting divaksin, naik gaji di JDT
[Copy link]
|
|
Hodak gembira Daniel Ting divaksin, naik gaji di JDT
JURULATIH KL City FC, Bojan Hodak pada sidang media pra perlawanan Piala AFC, hari ini. FOTO FB KL CITY FC
Kuala Lumpur: "Saya sangat gembira dia (Daniel Ting) mengambil vaksin dan dia kembali (ke Liga Malaysia)."
Demikian kata-kata pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Bojan Hodak yang mengakui gembira dengan keputusan Daniel Ting yang juga bekas pemainnya musim lalu yang sudah mengambil vaksin Covid-19.
Bukan satu kegembiraan dirasakan Hodak, malah dia turut gembira dengan tawaran gaji lebih besar diraih pemain kacukan Malaysia-England itu bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) berbanding gaji kecil di KL City FC.
"Soal gaji adalah sesuatu yang kami tidak mampu bersaing dan saya tumpang gembira buatnya kerana bakal memperoleh gaji tiga kali ganda di sana.
"Dia sudah menabur bakti bersama kelab kami sebelum ini dan saya ucapkan selamat maju jaya buatnya," kata Hodak pada sidang media pra-perlawanan Piala AFC menentang Tampines Rovers di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.
Terdahulu, JDT mengumumkan Daniel sebagai tonggak baharu skuad Harimau Selatan yang berjaya dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua Liga-M minggu lalu, sekali gus menamatkan teka-teki tentang kehilangannya awal musim ini.
Sebelum ini, tonggak pertahanan kiri berusia 29 tahun itu menghilangkan diri daripada kem KL City FC dan difahamkan pulang ke England kerana tidak mahu mengambil vaksin di sini.
Sementara itu, Hodak mengakui aksi sengit akan dilalui anak didiknya apabila menentang Tampines Rovers kerana kelab Singapura itu adalah pasukan sarat dengan pengalaman di peringkat rantau ini.
"Jika boleh jaringkan banyak gol sudah tentu bagus kerana setiap pasukan mahu menjuarai kumpulan tetapi sasaran utama kami adalah untuk menang dahulu," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... in-naik-gaji-di-jdt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|