View: 770|Reply: 0
|
Nafuzi tabik kesungguhan anak buah
[Copy link]
|
|
Pemain Terengganu FC, Tcheche Kipre (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur City FC, Muhamad Akram Mahinam (kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. NSTP/GHAZALI KORI
KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tabik dengan kesungguhan anak buahnya yang tidak mengenal erti penat lelah sebelum melakar kemenangan ke atas juara Piala Malaysia musim lalu, Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Beliau berkata, semestinya tempoh rehat panjang boleh menggangu prestasi pasukannya lebih-lebih lagi ada dalam kalangan pemain tidak dapat bersama pasukan dalam tempoh yang agak lama kerana tugasan skuad kebangsaan masing-masing.
Namun katanya, anak buahnya mengetepikan perkara itu, sebaliknya berusaha memperagakan aksi terbaik untuk melakar kemenangan ketiga musim ini sekali gus melonjak ke tangga keenam Liga Super daripada kedudukan kedua tercorot liga sebelum ini.
"Tahniah buat semua pemain yang berjaya memperagakan aksi terbaik bermula minit pertama hingga ke minit akhir perlawanan walaupun saya akui bukan mudah selepas hampir dua bulan tanpa perlawanan kompetitif sebenar.
"Ini adalah permulaan yang baik buat pasukan untuk meneruskan momentum kemenangan walaupun terpaksa berhempas-pulas untuk memecah benteng pertahanan pelawat yang kental bertahan sehingga minit ke-74.
"Bagi saya faktor kepenatan pemain tidak begitu ketara, cuma nampak pemain sedikit keletihan, tapi saya percaya anak buah mempunyai mental yang kuat untuk merakam kemenangan.
"Cuma sebahagian pemain yang tidak berlatih bersama pasukan kerana beraksi dengan pasukan kebangsaan dan negara mereka menyaksikan pemain nampak sedikit bergelut, tapi secara keseluruhan mereka memperagakan aksi terbaik," katanya.
TFC menang 2-0 hasil jaringan dua arkitek, Habib Haroon pada minit ke-75 dan Manuel Ott pada minit ke-81.
Ketika ditanya mengenai kegagalan dua penggempur berbisa, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman menjaringkan gol, Nafuzi menjelaskan sumbangan pemain kelahiran Ivory Coast dan Liberia itu besar dalam pasukan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... sungguhan-anak-buah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|