CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 0

TFC tiada masalah jinak KL City

[Copy link]
Post time 19-6-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode

Pemain TFC, Habib Haroon (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan pada aksi Liga Super menentang KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu malam tadi. TFC menang 2-0. - Foto NSTP/Ghazali Kori.

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) mudah menumpaskan KL City FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, dekat sini, malam tadi.

Skuad kendalian Nafuzi Zain yang terpaksa berehat hampir dua bulan daripada beraksi dalam saingan kompetitif kerana penjadualan semula perlawanan, bermula garang menerusi rembatan kencang pemain skuad Bawah 23 kebangsaan, Muhammad Hairiey Hakim Mamat pada minit ke-14 yang terkena palang.

Skuad Penyu yang menurunkan gandingan penyerang utamanya, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman terus mengasak untuk memburu gol pendahulu, namun percubaan Tchetche pada minit ke-18 mudah dibaca penjaga gol skuad The City Boys, Kevin Mendoza.

Ketika tuan rumah kerap mengasak, hasil serangan pantas, skuad kendalian Bojan Hodak berjaya 'mengunci mulut' 5,800 penyokong tuan rumah pada minit ke-20 apabila kapten, Paulo Josue berjaya meledak gol hasil hantaran Zhafri Yahya. Bagaimanapun jaringan itu dibatalkan pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab kerana Josue dikesan berada dalam keadaan ofsaid.


Lima minit berselang, bekas pertahanan TFC, Kamal Azizi Mohamad Zabri hampir meletakkan namanya sebagai penjaring, namun percubaan dari luar kotak penalti terkena palang ketika penjaga gol, Suhaimi Husin sudah tertewas.

TFC yang mendominasi permainan berpeluang untuk mendahului perlawanan pada minit ke-41 menerusi gerakan Tchetche, tapi Mendoza sekali lagi bertindak cemerlang menafikan rembatan kapten skuad Penyu itu.

Bersambung babak kedua, skuad tuan rumah hampir memecah kebuntuan gol pada minit ke-58. Bagaimanapun rembatan pemain import Filipina, Manuel Ott dalam kotak penalti terkena tiang sekali gus terselamat pintu gol pelawat.

Dua minit berselang, The City Boys juga berpeluang mendahului tuan rumah hasil rembatan penyerang, Muhammad Hadin Azman, namun kepantasan Suhaimi menafikan percubaan itu.

Sedar sukar untuk memecah benteng pertahanan pelawat, Nafuzi memasukkan pemain baharu, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim bagi menggantikan Faiz Nasir, perubahan itu berhasil apabila tuan rumah berjaya menghasilkan jaringan pertama menerusi rembatan kencang dari jarak 25 meter, Habib Haroon untuk pasukannya mendahului 1-0.

Jaringan berkelas dunia pemain kelahiran Bahrain itu adalah yang pertama buat dirinya hasil hantaran silang Muhammad Hairiey Hakim yang sebelum itu ditanduk pertahanan pelawat, Giancarlo Gallifuoco.

Enam minit berselang, Stadium Sultan Mizan kembali bergema apabila Ott berjaya menambah jaringan kedua menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan rakan senegaranya di pintu gol pelawat.

Kedudukan 2-0 itu kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan kemenangan ketiga berturut-turut diraih skuad dari Pantai Timur itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... salah-jinak-kl-city

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050405 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list